ABOUT LINKS
SOLIDARITY


Pepejal yang mana zarah-zarahnya tersusun rapat.


February baby ~ // Tuesday, 15 March 2016
20:55
hello baby baby sekalian ~ rasenya bulan dua ni mcm pack semacam. sukannya , exam , motivasi , hem. full. nak tb banyak banyak tapi gambar belum hbis upload , tapi takpe. kita cerita dulu.

1 february 

 Sukantara Lelaki .
Memang heaven lah kan dalam kelas tade lelaki. but still , kena belajar. Even ade perempuan je. Tapi nmpak lah diorang melambat lambat kan masa , tanak masuk kelas awal. Sebabnya hari sebekumnya perempuan sukantara habis before rehat. so ,diorang hbiskan betul betul area waktu rehat. Tapi dlm kelas perempuan pon ikut penat jugak. HAHA.

2 february

Acara merentas desa buat pertama kalinya di smakj ! 
f5 nampak bersemangat dan bersungguh sungguh nak sumbang mata untuk rumah sukan masing2.
lagi lagi rumah amru ah. kongker banyak gila  kat merentas desa. tahniah lah semua, No satu perempuan A dimenangi oleh ZUBAIDAH JALIL . applause sikit lol. lelaki pulak wan halim.
Punya teruja budak smakj lari tu laju gila sampaikan bila dah masuk kelas , cikgu cikgu cakap cmni " kenapa awk lari laju sangat ? kalau tak awk tak payah belajar " lololol ( sebab semua ngantuk dlm kelas ) penat kut. alah sebenarnya bukan jauh sangat pon , cikgu just pusing pusing kan jalan ( ade je shortcut ) 3.5 km pheww, alhamdulillah semua berjaya habiskan even ade yang lambat ( aku lahtu ) tapi serious best. 

HAPPY CHINEESE NEW YEAR 

14 february 

program motivasi bersama cikgu jinggo. kiranya cikgu zam dulu pon belajar dengan cikgu ni. bersama sama cikgu jinggo ade abg bob dan abg .... alaa tak ingat. ape tah name dia. best tapi biasa je lolol sebabnya cara cikgu jinggo ni dia ada belajar dan praktikal. bagus lah. dia banyak cerita pasal diri dia. kiranya cikgu ni dia selalu kena marah dengan ayah sebab tak bagus dengan adik beradik yang lain ( dibandingkan ) so , dia hidup dengan dendam. dan dia meletakkan matlamat yang sangat tinggi, alhamdulillah , semua yang dia nak , dia dapat. masuk tv , dah. pegi haji , dah. kawin , dah. haha ape lagi ? semua lah. then , slot dengan abg bob / kolam jiwa /  slot ni abg bob suruh runtuh kan ego. well said , semua dah turun ego kot (kot lah ) kolam jiwa ni alah benda benda biasa kita dengar kat smakj. dia ade tunjuk satu analogi. kiranya ade satu gelas. penuh dengan air bersih. mcm jiwa kita. pastu dia panggil sorang budak , dia suruh tuang satu botol cecair hitam dlm cawan tu. eh , salah . dia cakap satu botol cecair hitam tu ibarat dosa kita. so , dia suruh tuang berapa banyak dosa kita. budak tu pon tuang sampai habis. so air tadi dah jadi kotor. then , abg bob puji budak tu sebab dia kata budak tu dah turunkan ego untuk tuang semua sekali. pastu abg bob tanya , cemana nk bersihkan balik ? dia pon amik satu baldi air , tuang gayung demi gayung. baru gelas tadi jadi air bersih semula. see ? satu botol dosa boleh dibersihkan dengan satu baldi air biasa. tapi Allah tu kan Maha Pengampun. so , taubat je selagi hidup. haa tu yang kitaorang dapat lah.
slot dengan abg lagi sorang tu biasa je ~ haha. (lupa senanya ) ape yang bestnya motivasi ni , cikgu jinggo tekankan sangat BONDING POWER. lagi lagi kita f5 en. dan cikgu jinggo nmpk masalah f5 (komunikasi ) berdasarkan satu game ni. sampaikan dia cakap mcm ni (bukan ayat sebenar ) " awk boleh bekerjasama , tapi disebabkan beberapa program sekolah awk yg menjadikan awk mcm ade halangan " em em. okay bukan tu pointnya. Pointnya BONDING POWER tu haa. feeluing ah nyanyi ramai-ramai. ade rasa orientasi jugak lol. slot last tu dia suruh tulis surat penghargaan kat seorang kawan. pastu pergi jumpa orang tu baca depan dia. tipu lah takde sesi nangis nangis. goshh. sedeh mase tu lolol. okay dah tamat ~ 

16 february

malam tu mcm biasa , ngaji kat court. pastu f1 beramai ramai duduk tengah tengah dlm bulatan. kitaorang mcm " dah kenapa? ape masalah diorang ni ? " tapi ignore je. habis baca quran , diorang kata nak buat something. pfft. dah lah esok nk exam. tapi , layankan lah ~ pastu sorang wakil dari diorang baca kan doa untuk kitaorang. em layan lah dik. then diorang nyanyi nyanyi dan buat tepuk tepuk ( acah mcm kita dulu dulu ) tapi mcm terabur sikit lolol. first surprise ah dari diorang. how sweet. rupanya diorang buat cmtu lepas dengar ade f5 cerita mase f1 dulu. hm. slack tade camera masetu lol. kalau tak boleh tunjuk vid. haha

21 february 

sukan akhir perempuan
tak semua terlibat. tapi f5 mcm semua terlibat. haha. paling paling pon jadi supporter.
pagi pagi dah kena marah dengan ust daus sebab lambat. tapi kami tabah lol. aku yang tak semangat sukan ni pon bole jadi semangat ape citer lol. tahun last en. kita hitam same same wuu.

24 february 

rehearsal temasya.
masa ni baru tau kawad cikgu tanak stop. dan setelah sekian lama , tade lagi berhenti buat corak corak ke ape ( lupa namanya ape ) kawad just lalu tabik hormat dah. kesian ah dah berlatih penat en.
tapi redha je lah. time ni sesetengah f5 dah siap siap ready kan untuk khemah. tapi kejap je pastu hujan . petang tu baru kitaorang sambung bat khemah sampai dekat maghrib. memang semua f5 kat khemah , lelaki perempuan. rase bonding power tu lol. mlm datang lagi gelap gelap tu.pft. balik dah pukul bpe tah. hari hari sebelumnya lagi tidur lambat nk siapkan khemah. semangat babe.

25 february

TEMASYA BABY ~
pagi tu mcam biasa kawad dan blabla semua. ape yang menarik tahun ni ?okay tema tahun ni marvel avengers.

sharhabil atau lebih dikenali sebagai sharTHORbil , mengulangi sejarah diorang beli shade. ops tapi f5 jelah. semat bhaii. kaye boleh citer lol
usamah pulak Iron usamah (kot) , diorang buat nametag dengan topeng. topeng tu semua form. ala ala IRON MAN gituh. hebat ah.
khalid  digelar HULKkhalid. whoaaaa sasa bukan ? haha. kami order mafla sahaja v.v semua form dapat. wuuu
amru paling havoc amruRICA , daripada CAPTAIN AMERICA mereka lagi kaya order topi. pheww.
menangis tengok. haha

keputusan ?
baca susunan rumah sukan dari bawah. ahah. confirm confirm lah AMRU JUARA ! tahniah tahniah khemah pon paling cantik kot


haa , comel bukan ? nak tengok lebih boleh pegi google drive solid :)
dan part paling seronok bila malam nya ade majlis maulidur rasul. pheww penat tak penat lah kan. solid's second qasidah was not so bad ( pa system baik bole citer ) haha. tape , bole improve lagi. 
pastu ade jamuan dan ceramah. ust tu kata dia tak biasa cakap depan budak sekolah sebab dia biasa ajar orang dewasa. tak pe tak pe , kita amek input okay.

29 february

pertandingan bomba peringkat daerah. dan tahniah smakj juara ~~~~~ kebanyakan pertandingn dapat no. dan mereka layak pergi ke peringkat negeri. doakan dapat pergi kebangsaan pulak. aminn. tade gambar sorry . 




so gaiss that's all for february , and happy birthday kepada februarians :) do pray for us for the next months. hope to be better and love us more.



chaw.