HIDUP // Friday, 31 March 2017
|
08:00 |
Bismillahirrahmanirrahim.
Sesunnguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Akhirnya Allah izinkan jua aku menulis sesuatu di sini.
Tidak aku ketahui lagi apa yang harus aku bicarakan, apa mungkin luahan rasa rindu yang masih menghambat hati atau mungkin juga perkongsian yang boleh kita renungi bersama.
Baru sebentar tadi, aku melihat kembali gambar-gambar lama kita. Benarlah kata Imam Ghazali, sungguh perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Mana mungkin yang telah lalu itu mampu dikembalikan. Tapi siapalah kita manusia, untuk menolak pintasan masa lalu, yang mungkin baru sekarang kita sedari nilainya.
Selepas ini, semua akan bertebaran ke mana-mana, mengejar impian dan cita-cita yang pastinya menggunung tinggi. Namun harus diingat, walau apapun bidang yang akan diceburi, biarlah ia menjadikan kita sentiasa ingat pada Allah, sentiasa dekat dengan Allah. Praktikkanlah walau sedikit dari apa yang pernah kita pelajari lima tahun dahulu. Cubalah istiqamah dengan yang sedikit itu. InsyaAllah, kemanisan iman itu akan terasa untuk menambah amal yang lain. Jagalah Allah maka Allah jua akan menjaga kita.
Dalam setiap helaan nafasmu, bergantung haraplah pada Tuhanmu semata-mata. Yakinlah bahawa Dia sentiasa disisimu, mendengar setiap rintihanmu, melihat segala perlakuanmu. Mengadu dan memintalah kepadaNya. Sungguh, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Usah meletakkan hidupmu pada nilaian manusia, kerana akhirnya kau akan kecewa sendiri.
Sahabat, bersyukurlah kita yang Allah pilih untuk membawa agamaNya. Berbanggalah menjadi umat Muhammad yang bertaqwa. Sungguh Hidayah Allah itu tak ternilai harganya. Peliharalah ia dan jangan sesekali kau sia-siakan. Ya, inilah selembar ingatan untuk kita. Moga medan ini terus menjadi tempat saling mengingati. Moga solidarity kau aku kita mereka kalian sentiasa dalam rahmat Allah. p/s: huhu, maaf laa bahasa formal. saye tak gheti tulis unformal panjang-panjang. Apapun, moga bermanfaat. Wassalam |

Older entries