Syukrina // Friday, 31 March 2017
|
01:37 |
act entry kalini hanya mengisi kekosongan blog saje guna nama sendiri . biar beringat hahaha la in syakartum , la azidannakum . jika kau bersyukur maka aku tambah nikmat . (credit to fatima dekat ws huhuhu) bila baca balik ayat ni en, entahlah tetiba aku termuhasabah (lol) . sekarang semua ada hal masing-masing . masalah masing-masing . yang kat mj nya lain . yang kat rumahnya lain . yang keje nya lain . family nya lain . macam macam lah . nanti dah masuk universiti kolej la memana dah lain lagi . ni la baru nak hadap sebenar benar realiti . realiti hidup mmg sejak sekolah bukan semua benda tu mudah . lagi masalah sekarang berbentuk dunia; DUIT . semua benda ada nilai yang perlu dibayar . kau nak apa ? kasut ? baju ? tudung ? make up ? accessories ? laptop ? handphone ? makanan pun kalau kau nak, kau kena bayar . kadang aku bayangkan butir nasi tu bernilai gila sebab kau takkan dapat beli beras kalau kau takde duit . so bila adik aku makan tak habis je, haa siaplah (ok ni masal hahaha) . tapi betul en hehe lepastu tambah lagi kau TAU dan NAMPAK pengorbanan parents masing-masing punya kerja macam apa atau ada yang cari kerja tak jumpa jumpa atau kerja tak tetap ke ha macam macam gaya . masing masing boleh pikiaq . dan lagi sedih bila kita mampu tengok je hahaha aduhai sadis . tak mampu lah sampai nak gantikan tempat diorg , kalau mampu ganti pun tetap tak setanding (pengorbanan) . bab bab mak abah mmg sensitif kan hoho . tugas jadi mak abah ni memang berat pun and sebab tu la kena sentiasa usaha jadi anak berguna soleh solehah jalil eh (lame syuk, lame !) sorry teringat pakwe HAHAHAHA jadi anak anak solehah k gais . lepastu en aku membayangkan situasi aku dah dapat tempat kat memana untuk sambung belajar, kena la kuat , kuat nak belajar, dekan pun kau mampu kalau kau nak , usaha je tapi bukanlah dekan yang dikejar semata-mata . ceh , kalau kau dapat pointer best best nanti macam macam la kau dpt, maybe biasiswa, pinjaman dah takyah bayo ke, mak abah happy ofkos la en cuma tunjuk tak tunjuk je la, ingat ustaz fuad penah pesan, "usaha jadi yang terbaik dalam bidang kita" . kat universiti pun bukan tempat kau hadap buku je 24 jam . nanti ha macam macam aktiviti ada, join lah . memang bermanfaat pun . aku tak pelik kalau nanti ada member solid yang kerja part time sambil belajar . huhu . keluar daripada kelompok selesa . ni bukan menyusahkan diri tapi mencabar diri . abang aku kata nanti kat u, kelas bukanlah pack mana(ikut kos) . pastu kau kena cari memana NGO ke untuk isi waktu kosong tu . ala mcm penah masuk u je en . takpe ni entry aku, aku kongsi je hehe . "produktiviti seseorang meningkat jika dia dalam keadaan sibuk" -ayat sape ntah . "kalau nak jadi hebat, jangan tolak kerja" -ustaz fuad . ape lagi ek nak kongsi ? hm . ok meh sini jap . sebut Alhamdulillah . Alhamdulillah , Alhamdulillah . dalam kita semua sibuk kejar dan cari rezeki, ada rezeki lain yang Allah bagi tanpa henti . contoh ? bernafas . mudah . cliche tapi ramai je lupa . bagi sesetengah orang, nikmat yang perlu disyukuri ni nikmat yang besar besar je . dia lupa, tanpa nikmat kecik mcm bernafas ni pun klau Allah tak bagi, dia tak mampu hidup . termasuk aku . kita usaha kejar dekan, kita perlukan akal, kita perlukan berfikir , tangan ha macam-macam . tu sikit je contoh . kita usaha bantu orang ngaji Al-Quran, kenal islam, ajak dakwah, kena ada ilmu, ilmu pun daripada Allah . so nak cakap, dalam setiap perbuatan kita, usaha hadirkan Allah dalam hati kalau ada benda yang diusahakan, tapi tak jadi atau tak tercapai, Allah ada untuk kita . jangan down sangat . percayalah ada jalan lain . aku tau memang amek masa nak bangkit balik . sesusah susah kita, ada lagi orang yang lebih susah . so sentiasa bersyukur ok . yakin je ada peluang yang kita tak terfikir akan datang . mungkin bukan sekarang . dan usaha . elak daripada bandingkan susahnya situasi kita dengan susahnya orang lain . sekali sekala selitlah puji diri sendiri sikit hahaha . contoh; 'tahniah nurin, kau dah tolong kemas rumah harini' ok lol ni gurau je . sebab ujian orang berbeza beza . mungkin hanya perlu ambil hikmah pengajaran daripada mereka dan tak lebih daripada tu ? dan kalau segala apa yang kau usahakan dan kau dapat imbalannya, suka untuk diingatkan yang itu adalah bukan atas penat lelah diri sendiri . usah terbuai dek mainan syaitan . kan terbukti kesenangan jugak satu ujian . bukan kesusahan je . kadang org yg kita sangka dalam kesenangan dan kebahagiaan tu sebenarnya sedang bergelut dengan mainan hati . mana kita tau ? pujian . pangkat, ala korg pun tau . dalam Al-Quran pun banyak kali disebut . lagi satu . jalan-jalan keberkatan . punca-punca keberkatan. kena cari dan jaga . yg ni korg dah tau . aku pun taknak cerita panjang . masing-masing muhasabah . last but not least ; be positive . say positive things . walau mmg susah jugak benda tu, jgn berterusan sebut 'susah' . takut daripada Allah nak bagi 'mudah', terus tak jadi . "banyakkan zikir" - kp dulu, ydp sekarang pesan huhu . kalau boleh, ayat kursi lepas solat jangan tinggal . sambung wirid fatimah pun lagi bagus . sekian sahaja entry berjela kalini . salam sayang kasih chinta kepada kalian . semua mampu berfikir, mampu bercakap, mampu berpena, tapi tidak semua mampu bertindak . doakan saya ye sayangs sayangs sekalian ;') btw . salam rejab . moga sempat kita sambut ramadhan tak lama lagi . -nurin syukrina abdullahdin & rabi'ahtun (huhu) |

Older entries